Red Mokara

Red  Mokara
red mokara

Yellow Mokara

Yellow Mokara
yellow mokara

tiger oncidium

tiger oncidium
oncidium jenis ini sangat wangi

butterfly

butterfly
pink

Pengalaman menanam orkid mokara

SALAM BAHAGIA KEPADA SEMUA PEMINAT ORKID ...
Pada awalnya saya tidak yakin saya dapat menanam orkid Mokara dengan baik. Disebabkan tiada keberanian menanam orkid mokara dengan cara keratan batang saya hanya membeli orkid mokara yang sudah siap ditanam dalam pasu untuk menghiasi rumah orkid saya..... tapi orkid mokara yang sudah ditanam dalam pasu harganya mahal iaitu bagi pokok yang sudah besar eemmm lebih kurang RM20 - RM40 satu pasu .... sangat mahal...
Sekarang ini, dengan nasihat rakan2 dan penjual orkid, saya cuba menanam mokara cara keratan batang....kerana ianya lebih murah iaitu antara RM 10 - RM 13 satu keratan batang bergantung kepada corak bunganya...ini dapat mengurangkan kos membeli orkid mokara yang saya gemari.

Persediaan sebelum Menanam Orkid Mokara keratan batang:
1.
pilih mana keratan mokara yang anda suka di kedai orkid atau pasar pagi.
2. Belikan pasu orkid yang sesuai dengan keratan mokara yang anda beli.
3. belikan arang, minta sabut kelapa ( tak ada sabut kelapa pun boleh) di kedai runcit berhampiran dan dapatkan bebarapa ketul batu bata yang telah pecah.tetapi saya tidak menggunakan sabut kelapa .... cuma tanam orkid mokara bersama arang dan baru bata sahaja.

cara menanamnya :
1. letakan satu /dua ketul batu bata yang telah pecah ke dalam pasu dan letakkan keratan mokara di tengah-tengah pasu tersebut.
2. Di tepi / keliling batang pokok orkid mokara ini perlu di letakan arang, sabut kelapa dan batu bata supaya batang pokok orkid mokara anda tidak mudah goyang / beralih / bergerak.
3. ikat batang pokok orkid mokara dengan satu kayu ( pacang )yang boleh menghalang batang pokok tersebut beralih/ bergerak.
4. Siram dua/satu kali sehari dan perlu dibaja sekurang-kurangnya seminggu 1 kali. sekiranya siraman baja 2 kali seminggu lagi bagus....
selamat mencuba........


satu yang menarik tentang orkid mokara ini ialah ia sejenis pokok orkid yang tahan panas dan ia juga boleh ditanam di atas tanah.

Di bawah ini mokara2 saya sudah berbunga cantik sekali...........

Tiger Mokara

Tiger Mokara

tiger mokara

purple Mokara

purple Mokara

mokara

yellow vanda

yellow vanda

red mokara

red mokara

Mokara Orkid

Mokara Orkid

oncidium

dendrobium

dendrobium

dendrobium

dendrobium

dendrobium

yellow dendrobium

yellow dendrobium
dendrobium

nice oncidium

nice oncidium
oncidium

oncidium white yellow

oncidium white yellow
oncidium

nice denrobium

nice denrobium
dendrobium

Dendrobium kerinting berbunga lagi

Dendrobium kerinting berbunga lagi
dendrobium

Pink

Pink
oncidium

Rumah Orkid aku dah macam musim bunga

Rumah Orkid aku dah macam musim bunga
berbagai jenis orkid berbunga.

CARA DAN PENJAGAAN ORKID

ORKID ANDA BERMASAALAH ?

Orkid kita berkemungkinan dijangkiti penyakit apabila daunnya menjadi kekuningan dan ada bintik-bintik hitam, jadi adakah ini kulat?

saya cadangkan pembaca / pengunjung blog ini dapatkan nasihat daripada penjual orkid yang berpengalaman tapi bukan sebarang2 penjual tau....mengenai racun yang sesuai dengan masalah yang dialami oleh orkid kita.

Antara masalah yang sering dialami oleh tanaman orkid :

Sekiranya pokok orkid kita sering dihurung semut... saya menggunakan PERSECT 0.5DP iaitu racun serangga / insecticide/ serbuk (DP). Racun ini didaftarkan oleh Hextar Chemicals Sdn.Bhd. Cara menggunakannya cuma letakkan serbuk racun ini dipangkal pokok orkid yang sering dihurung semut..... Inshaallah lama kelamaan .... semut tiada lagi di pokok orkid tersebut......

Satu lagi musuh orkid ialah ulat bulu.... ulat bulu ini akan makan pucuk2 baru orkid.....sekiranya nampak pucuk2 orkid yang muda hilang/ atau bergerigis.... itu bermakna ulat bulu punya kerja pada waktu malam.... siangnye ulat bulu akan menyorok di bawah pasu/batu/ daun orkid.... kalau saya.... saya bunuh saja ulat tersebut.....walaupun pada hakikatnya saya tidak suka bunuh binatang..... hati2 sewaktu membunuh ulat bulu.....BAHAYA....Tanya la org tua2 kenapa bunuh ulat bulu bahaya.....

musuh ke tiga ialah lady bird..... saya gunakan racun semburan yang berbau busuk supaya lady bird tidak hinggap di bunga orkid saya.....

musuh orkid keempat ialah kulat.... kulat ini berupa lumut dalam pasu orkid, ataupun di daun orkid.... saya gunakan racun kulaat CH MANCOZEB FUNGICIDE. Racun ini perlu dibancuh sebelum digunakan....

CARA PENJAGAAN ORKID YANG SAYA AMALKAN

Selain itu tanaman orkid tidak memerlukan penjagaan yang susah dan sukar cuma orkid memerlukan:

1. tempat yang mendapat cahaya mentari yang cukup

2 air, suhu persekitaran dan pengaliran udara yang baik.

3.baja yang secukupnya iaitu BIO-X-PLUS ataupun baja daun dan baja bunga. Baja ini memang yang paling sesuai setakat ini yang pernah saya jumpa......

4. Semburan racun perosak sekiranya terdapat tanda-tanda serangan belalang/ lady bird / kulat dan sebagainya.

Insya Allah orkid anda akan elok dan subur.

Green Dendrobium

Green Dendrobium

cara menanam orkid

Cara menanam orkid dalam pasu

1. Masukkan separuh ketulan batu bata di bahagian bawah pasu.

2. Letakan anak pokok orkid ditengah pasu

3. Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa ( kalau tak ada sabut kelapa pun tak apa just guna batu bata saja ) hingga 3/4 kedalam pasu

4. Siram (satu kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak

perlu siram)

5. Letak tempat teduh


CARA-CARA TANAM PELBAGAI JENIS ORKID


1. Sphagnum moss-Cara yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.

2. Serbuk kayu-Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat. Ia memerlukan pacang bagu elakkan orkid bergerak/ goyang.

3. Perlite-Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid. Cara ini popular kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasu dan untuk memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup di tanah.

4. Tunggul kayu-Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai. Untuk pembajaan .... tanam orkid secara gantung ini... rendamkan orkid ini dlm baja dalam seminit @ 2 minit.... kemudian sangkut di tempatnya....mcm biasa... baja kaedah rendaman lebih baik daripada siraman bagi orkid ini.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa beli orkid

1. sama ada pokok orkid dah matang atau tidak.

2. adakah orkid tersebut dari jenis yang boleh kena panas

atau hidup di tempat yang redup

3. adakah orkid itu dari baka yang senang berbunga atau

tidak

4. lihat pasu orkid yang ingin anda beli atau yang telah tersedia di kedai bunga tersebut sama ada ..adakah besar atau kecil/ baru ditukar atau lama..kalau nampak macam pasu baru atau akar orkid tersebut belum lagi melekat dengan banyak di pasunya...... bermakna ... pokok orkid tersebut baru ditanam ke dalam pasu berkenaan...maka sekiranya anda beli ..... anda perlu menunggu dalam jangka masa yang lama untuk pokok orkid tersebut berbunga semula selepas bunganya yang anda beli waktu itu gugur.

Jenis-jenis Orkid

Ada 2 jenis orkid

1. Orkid liar menggunakan huruf besar pada huruf pertama sahaja dan diikuti dengan huruf kecil dan huruf 'italic' digunakan. Sebagai contoh nama orkid liar Phalaenopsis bellina.

2. Orkid Hibrid pula menggunakan huruf tegak dan setiap perkataan dimulakan dengan huruf besar. Contoh nama orkid hibrid adalah Phalaenopsis Timothy Christopher.


Permintaan tinggi terhadap Orkid hibrid (kacukan )

1. Warna bunga Orkid hibrid yang lebih cantik dan menarik

2. Tahan lasak jika dibandingkan dengan Orkid liar

3. Jangka hayat bunga yang lebih tahan lama.

4. Harganya lebih murah

5. Boleh di tanam melalui kaedah keratan batang.

6. Bunga Orkid hibrid lebih besar saiznya.



PENJAGAAN ORKID


Penjagaan seperti penyiraman air, pembajaan, pemerikasaan penyakit dan pembiakan perlu dilakukan jika kita mahukan pokok bunga Orkid hidup subur dan berbunga.

Akar yang sihat akan menghasilkan pokok orkid yang tumbuh besar dan subur dan cepat mengeluarkan bunga.

Oleh kerana itulah kita harus memastikan masa yang sesuai untuk melakukkan siraman dengan mengambil kira faktor cuaca dan persekitaran.

Contohnya kerapkan menyiram pokok Orkid semasa musim panas iaitu pada pagi atau petang. Sekiranya pagi sudah disiram... maka petang tidak perlu lagi menyiramnya.... ini kerana orkid tidak boleh terlalu kerap disiram... ianya akan menyebabkan akarnya reput. Proses pembajaan pula dilakukan mengikut kesesuaian pokok bunga itu sendiri.

Pembajaan: orkid perlu dibaja 2 kali seminggu namun saya tidak berkesempatan melakukan demikian... cukuplah dilakukan pembajaan 1 kali seminggu....baja yang saya gunakan ialah BIO- X-PLUS. Baja dalam bentuk cecair dan perlu dibancuh mengikut arahan di botolnya ini amat serasi dengan bunga-bunga orkid saya. Ianya mudah kerana baja ini merangkumi baja subur dan untuk bunga sekali... kita tidak perlu mengguna dua jenis baja untuk bunga dan subur... hanya dengan BIO-X-PLUS keluaran BIO X MARKETING SND BHD. Pada pengalaman saya ... baja ini sangat berkesan untuk menyuburkan dan orkid saya mengeluarkan bunga.

Kawalan penyakit dan perosak orkid juga perlu kerap dilakukan untuk memastikan orkid kita hidup subur. Penyakit seperti kulat, serangga, bakteria dan virus harus ditangani dengan lebih awal untuk mengelakkan pokok orkid kita mati. Penggunaan racun membunuh kulat dan serangga ini perlu dilakukan apabila terdapat tanda-tanda awal pokok orkid kita diserang penyakit.

Menanam bunga orkid bukanlah rumit sangat sebenarnya. Cuma ia memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk kita mendapatkan hasil yang memuaskan. Kita akan merasa puas dan gembira apabila pokok orkid yang kita jaga dan siram setiap hari akan mengeluarkan bunga yang cantik dan unik. Ia bukan sahaja mengindahkan halaman rumah kita malahan dapat memberikan kita pengalaman berharga dan dapat belajar tentang bagaimana tumbuhan unik ini hidup di muka bumi ini.

SEJARAH SAYA MENJADI PEMINAT BUNGA ORKID

SEJARAH SAYA MENJADI PEMINAT BUNGA ORKID

Pada awalnya sangkakan saya tanam orkid ni rumit kerana... nak kena beli arang, baja, jaga, perlu kan tempat teduh dan sebagainya...

Saya mempunyai beberapa orang jiran sewaktu bertugas di Pahang memang suka tanam orkid .. saya amat kagum dengan orkid-orkid mereka yang kembang dan cantik.. pada waktu petang sekiranya kelapangan saya bersembang dan bersantai bersama mereka, saya...tidak lepas peluang mengunjungi rumah-rumah orkid mereka...saya benar2 kagum dengan bunga-gunga orkid mereka yang cantik2 itu.

Di situlah timbul rasa minat dan ingin menanam orkid dalam diri saya... Jiran-jiran saya ada mengatakan tanam orkid mudah dan senang dijaga.... kata mereka lagi orkid perlu disiram selang sehari saja bukan setiap hari.... baja juga seminggu sekali sudah cukup untuk orkid hidup subur. Jiran2 saya memberikan anak-anak orkid mereka kepada saya kerana.. apabila pasu orkid mereka terlampau padat... maka mereka mengasing-asingkan kepada beberapa pasu lain.....dan sebahagian diberikan kepada saya. Terima kasih...banyak2.

Mulai dari itu, saya mula belikan pasu, arang dan ambil sedikit sabut kelapa di kedai runcit berdekatan dgn rumah saya..untuk tanam orkid pemberian jiran saya itu.

Di sini bermula detik-detik saya menanam orkid..., bila orkid pemberian jiran-jiran saya mula subur di bawah jagaan saya serta sudah mengeluarkan bunga, saya sungguh gembira, maka selepas itu, saya mula beli orkid di pasar tani dan kedai bunga untuk dijadikan taman orkid di rumah saya.. berkat tunjuk ajar jiran2/ rakan2 dan nasihat serta panduan penjual orkid di pasar pagi dan pasar tani ...... akhirnya saya sudah suka dan sayangkan orkid..

Maka hari ini ke mana saja saya pergi dan apabila jumpa orkid yang belum ada spesies di rumah saya, akan saya beli bawa balik ke rumah.... Akhirnya saya berjaya menjaga dan menanam orkid dan bunga orkid saya mula mengeluarkan bunga... yang amat cantik serta memberi seribu ketenangan kepada jiwa dan minda saya... TERIMA KASIH SEMUA

Saturday, August 13, 2011

dendrobium


Wednesday, February 23, 2011