SEJARAH SAYA MENJADI PEMINAT BUNGA ORKID
SEJARAH SAYA MENJADI PEMINAT BUNGA ORKID
Pada awalnya sangkakan saya tanam orkid ni rumit kerana... nak kena beli arang, baja, jaga, perlu kan tempat teduh dan sebagainya...
Saya mempunyai beberapa orang jiran sewaktu bertugas di Pahang memang suka tanam orkid .. saya amat kagum dengan orkid-orkid mereka yang kembang dan cantik.. pada waktu petang sekiranya kelapangan saya bersembang dan bersantai bersama mereka, saya...tidak lepas peluang mengunjungi rumah-rumah orkid mereka...saya benar2 kagum dengan bunga-gunga orkid mereka yang cantik2 itu.
Di situlah timbul rasa minat dan ingin menanam orkid dalam diri saya... Jiran-jiran saya ada mengatakan tanam orkid mudah dan senang dijaga.... kata mereka lagi orkid perlu disiram selang sehari saja bukan setiap hari.... baja juga seminggu sekali sudah cukup untuk orkid hidup subur. Jiran2 saya memberikan anak-anak orkid mereka kepada saya kerana.. apabila pasu orkid mereka terlampau padat... maka mereka mengasing-asingkan kepada beberapa pasu lain.....dan sebahagian diberikan kepada saya. Terima kasih...banyak2.
Mulai dari itu, saya mula belikan pasu, arang dan ambil sedikit sabut kelapa di kedai runcit berdekatan dgn rumah saya..untuk tanam orkid pemberian jiran saya itu.
Di sini bermula detik-detik saya menanam orkid..., bila orkid pemberian jiran-jiran saya mula subur di bawah jagaan saya serta sudah mengeluarkan bunga, saya sungguh gembira, maka selepas itu, saya mula beli orkid di pasar tani dan kedai bunga untuk dijadikan taman orkid di rumah saya.. berkat tunjuk ajar jiran2/ rakan2 dan nasihat serta panduan penjual orkid di pasar pagi dan pasar tani ...... akhirnya saya sudah suka dan sayangkan orkid..
Maka hari ini ke mana saja saya pergi dan apabila jumpa orkid yang belum ada spesies di rumah saya, akan saya beli bawa balik ke rumah.... Akhirnya saya berjaya menjaga dan menanam orkid dan bunga orkid saya mula mengeluarkan bunga... yang amat cantik serta memberi seribu ketenangan kepada jiwa dan minda saya... TERIMA KASIH SEMUA